Penghibur-penghibur Di Akhir Zaman Zudah Kehilangan Tuhan


Penghibur-penghibur di akhir zaman sudah kehilangan Tuhan

Mereka penghibur orang, dia sendiri tidak terhibur

Mereka menghibur dengan tujuan mencari popular dan wang

Popular dapat, glamor tercapai, duit dapat, jiwa derita, fikiran risau

Lepas menghibur, pulang ke rumah, campakkan badan di atas tilam, tangan letak ke dahi, menekan fikiran yang berserabut

Apatah lagi jika ada orang lain menandinginya

Fikiran bertambah rungsing, kepala pula berpusing, jiwa tidak menentu

Makin ke hujung, jiwa bertambah derita, nama bertambah menurun pula,

pencabarnya bertambah popular

Sakit hati pun bermula, fikiran bertambah kusut, jiwa lagi derita

Penghibur juga kerana mahu hidup, orang terhibur juga fikiran bertambah berserabut

Balik malam membawa keletihan, baring di katil mungkin payah mahu tidur

Dari hari ke hari makin tercabar kerana sudah ramai yang mengatasinya

Fikiran bertambah rungsing, jiwa semakin tidak tenang,

tabiat marah-marah pun mula datang

Mudah tersinggung, hati panas aja, mudah marah-marah, jiwa menjadi kosong

Masih terus menghibur, orang terhibur dia tidak terhibur

Menghibur kerana wang untuk hidup, sekalipun jiwa tidak terhibur

Penghibur ini kalau masih tidak insaf apa akan jadi apabila di masa tua?

Di masa itu suara sudah tidak ada, muka sudah berkedut, peminat sudah tidak ada

kerana ramai yang masih muda

Di waktu itu apa akan terjadi?

Segala-galanya sudah hilang, mati menunggu, Akhirat menanti, apakah akan terjadi?

Haraplah berfikir di waktu ini!

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi